Sabtu, 20 Februari 2010

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Rabu, 9 September 2009

SEBELUM MEMBACA TOPIK HUKUM COUPLE, SILA BACA KISAH INI TERLEBIH DAHULU

SEBELUM MEMBACA TOPIK HUKUM COUPLE, SILA BACA KISAH INI TERLEBIH DAHULU

Memang sukar untuk menceritakan kisah percintaan yang baik. Memandangkan zaman sekarang kebanyakan bahan bacaan dan media memaparkan bentuk percintaan yang menyalahi konsep agama. Jika ada pelajar yang bertanya “Ada tak kisah percintaan yang baik?” “Bagaimana para sahabat atau tabi’en dulu bercinta?”. Persoalan ini membuatkan saya sering tercari-cari kisah mereka. Kisah yang wajar dan sesuai dikaitkan dengan persoalan cinta dan kebahagiaan.


Setelah saya mencari, rupanya banyak kisah yang mampu diteladani dalam mencari cinta dan kebahagiaan. Justeru, saya memetik tiga kisah sahaja untuk dipaparkan kepada pembaca. Mungkin di sana ada suatu nilaian dan perbandingan dengan situasi percintaan hari ini.


KISAH MUBARAK


Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya karena keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.


Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Dia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya kecut dan belum masak. Dia mencoba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.


Pemilik itu gusar dan berkata,”Apakah kau tidak biasa membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang kecut?”


“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.


“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.


“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah mencicipi satu butir buah delimapun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk mencicipinya?” lirih Mubarak.


Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak langsung percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.


Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernanh makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”


Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,


“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”


“Benar Tuan.”


“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”


“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”


“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.


“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”


Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,


“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”


Mubarak menjawab,


“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”


Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”


Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.


Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.

HUKUM PERCINTAAN ‘COUPLE’




Firman Allah “ولا تقربوا الزنا” Mafhumnya “Jangan mendekati zina”. Zina itu banyak kategori.


Zina mata, zina telinga, zina anggota dan zina hati. Adalah dosa kecil.


Zina kemaluan. Adalah dosa besar.


Ramai remaja kita masih belum tahu bahawa zina di dalam Islam itu ada banyak kategori. Justeru, disebutkan bahawa semua zina anggota atau perlakuan yang merangsang nafsu syahwat itu adalah suatu perbuatan zina. Bukan semata-mata zina kemaluan sahaja.


Remaja perlu tahu apakah itu langkah-langkah menghampiri zina.


Langkah menuju zina itu ada lima :


1.Pandanganنظر)) - Mata adalah panah iblis.


Adalah salah jika remaja bermain mata, pandang-pandang dan saling betatapan sekalipun dalam jarak yang agak jauh. Jika memandang itu sekadar mahu 'melihat' bahagian tubuh yang harus seperti muka, maka ia tidak menjadi suatu kesalahan. Tetapi, jika pandangan itu adalah 'menatap' bahagian tubuh dan bertujuan untuk mengikut naluri nafsu. Maka hukumnya haram. Contohnya melihat aurat dan bahagian menonjol di tubuh wanita.


2.Senyuman(بسم) - Adalah dilarang berbalas senyuman teruna dan dara tanpa sebab.


Senyuman yang menggoda adalah haram. Apatah lagi jika dibuat2 untuk menarik perhatian lelaki atau wanita yang bukan muhrim. Jika senyum sesama jantina, itu sedekah. Senyum untuk kawan atas sebab biasa, itu harus. Yang tidak dibenarkan ialah senyuman untuk mengurat dan bertujuan maksiat. Itu kena cek niat masing-masing.



3.Salam @ sapaan & perbualan(كلام) – Tengok situasi dan keadaan. Yang dilarang ialah ‘Mengurat’ atau ‘Tackle’. Melalui SMS, Telefon dan alam realiti. Ini namanya proses 'usha-usha'.


4.Rancang pertemuan(Appoinment)(وعد) – Rancang untuk berbual semula. Rancang untuk bertemu di YM. Rancang untuk bertemu secara face to face. Jika terselit di hati untuk bertemu kerana mahu berpegangan, berperlukan dan seumpamanya. Maka ia adalah haram.


5.Bertemu(Date)(لقاء).


Apabila seseorang dating, di situ ada perbualan, ketawa, senyuman, gurauan, sentuhan dan pandangan serta tatapan. Maka, ia dilarang keras. Apatah lagi jika pertemuan itu berlangsung secara berdua-duaan. Jika pertemuan di rumah perempuan kemudian ditemani oleh ibubapa perempuan. Itu tidak menjadi masalah.


Itulah lima perkara yang boleh membawa kepada dosa kecil. Sebelum berlakunya dosa besar iaitu Zina Kemaluan. Atas sebab itu, islam melarang kita membiasakan diri dengan dosa kecil ini. Jika dilihat, banyak berlaku zina di pejabat dan di tempat lain kerana kakitangan gagal memelihara lima perkara tadi.


Berdasarkan keterangan tadi, maka sudah jelas bahawa :


Hukum ber ‘couple’ adalah haram. Ia adalah dosa kecil. Dan boleh menjadi punca kepada dosa besar iaitu Zina. Dosa kecil bukanlah sesuatu yang berat, namun jika dilakukan terus menerus. Boleh menjadi punca Su’ul khatimah. Mati tanpa iman.

Sabtu, 5 September 2009


DENGAN SUKACITA MENJEMPUT YB/DATO’/TUAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA

DI SURAU HAJI ALI, KG TUALANG HILIR PADA HARI SELASA 15 SEPTEMBER 2009
BERSAMAAN
25 RAMADHAN 1430 H
JAM 6.15 PETANG


SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI

USTAZ MUZZAMMIL
PENGERUSI PERSATUAN BELIA BESTARI &
IMAM SURAU USTAZ HAJI ALI