Rabu, 9 September 2009

SEBELUM MEMBACA TOPIK HUKUM COUPLE, SILA BACA KISAH INI TERLEBIH DAHULU

SEBELUM MEMBACA TOPIK HUKUM COUPLE, SILA BACA KISAH INI TERLEBIH DAHULU

Memang sukar untuk menceritakan kisah percintaan yang baik. Memandangkan zaman sekarang kebanyakan bahan bacaan dan media memaparkan bentuk percintaan yang menyalahi konsep agama. Jika ada pelajar yang bertanya “Ada tak kisah percintaan yang baik?” “Bagaimana para sahabat atau tabi’en dulu bercinta?”. Persoalan ini membuatkan saya sering tercari-cari kisah mereka. Kisah yang wajar dan sesuai dikaitkan dengan persoalan cinta dan kebahagiaan.


Setelah saya mencari, rupanya banyak kisah yang mampu diteladani dalam mencari cinta dan kebahagiaan. Justeru, saya memetik tiga kisah sahaja untuk dipaparkan kepada pembaca. Mungkin di sana ada suatu nilaian dan perbandingan dengan situasi percintaan hari ini.


KISAH MUBARAK


Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya karena keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.


Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Dia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya kecut dan belum masak. Dia mencoba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.


Pemilik itu gusar dan berkata,”Apakah kau tidak biasa membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang kecut?”


“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.


“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.


“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah mencicipi satu butir buah delimapun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk mencicipinya?” lirih Mubarak.


Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak langsung percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.


Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernanh makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”


Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,


“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”


“Benar Tuan.”


“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”


“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”


“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.


“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”


Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,


“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”


Mubarak menjawab,


“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”


Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”


Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.


Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.

HUKUM PERCINTAAN ‘COUPLE’




Firman Allah “ولا تقربوا الزنا” Mafhumnya “Jangan mendekati zina”. Zina itu banyak kategori.


Zina mata, zina telinga, zina anggota dan zina hati. Adalah dosa kecil.


Zina kemaluan. Adalah dosa besar.


Ramai remaja kita masih belum tahu bahawa zina di dalam Islam itu ada banyak kategori. Justeru, disebutkan bahawa semua zina anggota atau perlakuan yang merangsang nafsu syahwat itu adalah suatu perbuatan zina. Bukan semata-mata zina kemaluan sahaja.


Remaja perlu tahu apakah itu langkah-langkah menghampiri zina.


Langkah menuju zina itu ada lima :


1.Pandanganنظر)) - Mata adalah panah iblis.


Adalah salah jika remaja bermain mata, pandang-pandang dan saling betatapan sekalipun dalam jarak yang agak jauh. Jika memandang itu sekadar mahu 'melihat' bahagian tubuh yang harus seperti muka, maka ia tidak menjadi suatu kesalahan. Tetapi, jika pandangan itu adalah 'menatap' bahagian tubuh dan bertujuan untuk mengikut naluri nafsu. Maka hukumnya haram. Contohnya melihat aurat dan bahagian menonjol di tubuh wanita.


2.Senyuman(بسم) - Adalah dilarang berbalas senyuman teruna dan dara tanpa sebab.


Senyuman yang menggoda adalah haram. Apatah lagi jika dibuat2 untuk menarik perhatian lelaki atau wanita yang bukan muhrim. Jika senyum sesama jantina, itu sedekah. Senyum untuk kawan atas sebab biasa, itu harus. Yang tidak dibenarkan ialah senyuman untuk mengurat dan bertujuan maksiat. Itu kena cek niat masing-masing.



3.Salam @ sapaan & perbualan(كلام) – Tengok situasi dan keadaan. Yang dilarang ialah ‘Mengurat’ atau ‘Tackle’. Melalui SMS, Telefon dan alam realiti. Ini namanya proses 'usha-usha'.


4.Rancang pertemuan(Appoinment)(وعد) – Rancang untuk berbual semula. Rancang untuk bertemu di YM. Rancang untuk bertemu secara face to face. Jika terselit di hati untuk bertemu kerana mahu berpegangan, berperlukan dan seumpamanya. Maka ia adalah haram.


5.Bertemu(Date)(لقاء).


Apabila seseorang dating, di situ ada perbualan, ketawa, senyuman, gurauan, sentuhan dan pandangan serta tatapan. Maka, ia dilarang keras. Apatah lagi jika pertemuan itu berlangsung secara berdua-duaan. Jika pertemuan di rumah perempuan kemudian ditemani oleh ibubapa perempuan. Itu tidak menjadi masalah.


Itulah lima perkara yang boleh membawa kepada dosa kecil. Sebelum berlakunya dosa besar iaitu Zina Kemaluan. Atas sebab itu, islam melarang kita membiasakan diri dengan dosa kecil ini. Jika dilihat, banyak berlaku zina di pejabat dan di tempat lain kerana kakitangan gagal memelihara lima perkara tadi.


Berdasarkan keterangan tadi, maka sudah jelas bahawa :


Hukum ber ‘couple’ adalah haram. Ia adalah dosa kecil. Dan boleh menjadi punca kepada dosa besar iaitu Zina. Dosa kecil bukanlah sesuatu yang berat, namun jika dilakukan terus menerus. Boleh menjadi punca Su’ul khatimah. Mati tanpa iman.

Sabtu, 5 September 2009


DENGAN SUKACITA MENJEMPUT YB/DATO’/TUAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA

DI SURAU HAJI ALI, KG TUALANG HILIR PADA HARI SELASA 15 SEPTEMBER 2009
BERSAMAAN
25 RAMADHAN 1430 H
JAM 6.15 PETANG


SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI

USTAZ MUZZAMMIL
PENGERUSI PERSATUAN BELIA BESTARI &
IMAM SURAU USTAZ HAJI ALI

Rabu, 2 September 2009

takafulKe Insurans

http://www.zaharuddin.net/content/view/825/63/

Ini pula jawapan Bank Negara Malaysia pada 26 Febuari 2009 kepada saya ( iaitu penulis asal info ini bukan UZAR) melalui emel ;

Soalan saya :
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya ingin bertanya :
Agen Company MCIS Zurich Insurance mendakwa company ini mempunyai Panel Syariah. Ada ditunjukkan gambar panel berkenaan pada saya. Dan agen ini mendakwa semua product-product MCIS ini adalah halal. Saya keliru status sebenar sama ada ia benar-benar halal atau sebaliknya. Setahu saya yang ada lesen TAKAFUL sahaja yang halal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAPAN DARI BANK NEGARA

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 21 Februari 2009 mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah salah satu pengendali takaful yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandarkan shariah.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk perkenaan adalah berlandarkan shariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan shariah, dimana perlindungan yang diberikan masih terdapat unsur-unsur gharar, judi dan riba. Oleh kerana kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan shariah.

Sekian, terima kasih.
Noor Shuhaila Hj Johari
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515

Selasa, 1 September 2009

ജഗ AUrat .......



KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURATn>

Kebiasaannya saya selalu ronda-ronda sekitar bandaRaya Terengganu untuk urusan peribadi dan juga perniagaan, memandu pacuan 4 roda baru memang best...perjalanan ke setiu dan kuala terengganu dan juga sekitar kuala nerus sudah menjadi kebiasaan bagi saya setiap hari kan tetapi, setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang untuk urusan saya ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

amPuniLaH aku ya ALLAh s.w.t

Jumaat, 28 Ogos 2009

ടോയ സെമ്പെന MerdeKA

DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَاْلَمِيْنَ، حَمْداً يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكاَفِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَاْنِكَ.

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا منْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ، وَتَقْضِيْ لَنَا جَمِيْعَ الحَاْجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَاْيَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيْرَاتِ فِي الحَيَاتِ وَبَعْدَ المَمَاتِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْماً كَثِيْراً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اللهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَِلوَالِدِيْنَ وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا ضِغَارًا، وَلِجَمِيْعَ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْا بِالإِيْمَاْنِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاً لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفُ الرَّحِيْمِ.
يَا الله يَا رَحْمَان يَا رَحِيْم

Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke atas majlis perhimpunan kami ini dengan keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Kemerdekaan Malaysia ke-51 ini kami mengangkat tangan, demi memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan dan pembangunan yang Engkau kurniakan ke atas negara kami.

Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keutuhan perpaduan, rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati ketika ini.

Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan penuh pasrah jua, agar Engkau sentiasa memberkati para pemimpin watan ini, rakyat dan sekalian kami yang berhimpun di sini dengan bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah, limpahkanlah rahim-Mu kepada para pejuang kemerdekaan negara kami yang amat berjasa dan pasukan keselamatan kami yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan dapat dinikmati sekalian rakyat.

اللهُمَّ يَا الله
Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa penghormatan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, memadu kekuatan, demi membina kecemerlangan dan memacu kemajuan, rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan ibu pertiwi tercinta.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar dibimbinglah hati kami dengan hidayah-Mu, dicucurilah diri kami dengan pandangan rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu, agar kami terus bersatu, dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan membangunkan watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan nikmat-Mu.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Dan kepada-Mu jua kami pasrah, menggantungkan harapan, agar segala usaha dan amal kami selama hayat dikandung badan, diperkira sebagai amal soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan ketika berhadapan dengan-Mu, di hari kebangkitan, di waktu seluruh manusia mendapat balasan, antara kebaikan dan keburukan.

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ.

اللهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِي فِيْهَا مَعَاشُنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِيْ كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اللهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جُهْدِ البَلاِءِ وَدَرْكِ الشَّقَاْءِ وَسُوْءِ القَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَعُضَاْلِ الدَّاْءِ وَخَيْبَةِ الرَّجَاْءِ وَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ بِجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ سَلاَمَةً فِي الدِّيْنِ والدُّنْيَا وَعَافِيَةً فِي الجَسَدِ وَسَعَادَةً فِي الآخِرَةِ.

اللهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهَا جَنَّتَكَ، وَمِنَ اليَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفَي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Selasa, 18 Ogos 2009







Darihal Puasa, Iman dan Taqwa

Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat. Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam. Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk." Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam.. Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s. Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa. Puasa, lambang amalan agama samawi Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini. Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa. Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183) Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan. Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu. Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Isnin, 20 April 2009

JaNgAN MeNcARi TeRLaLu SeMpUrNa............

Jika kamu memancing ikan….Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ………Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. … akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan…..Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan MENYESAL….

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

Selasa, 3 Mac 2009

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا يا الله بسوء االخاتمة... آمين يا رب العلمي



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.

lanjutan


Firman Allah swt : surah Fathir ayat : 29-30

Terdapat dua jenis bacaan al-Quran

1) bacaan hakimah : iaitu membenarkan apa yang terdapat didalamnya, melaksanakan hukum hakamnya dengan membuat apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.
2) Bacaan lafziah : iaitu sekadar membacanya.

Sesungguhnya terdapat banyak nas yang menceritakan kelebihan membaca al-Quran. Sama ada kelebihan itu meliputi membaca al-Quran seluruhnya, atau kelebihan surah-surah tertentu, atau ayat-ayat tertentu.

Daripada Saidina Uthman ra sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : “sebaik-baik kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya”.
(hadith riwayat bukhari muslim)

Mafhum daripada hadith saidatina Aisyah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

“orang yang mahir dalam bacaan al-Quran iaitu dari segi bacaan, sebutan huruf, tajwid mereka ini merupakan golongan yang mulia. Manakala mereka yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut (tidak lancar atau baru hendak belajar membaca al-Quran) baginya dua ganjaran pahala. Iaitu pahala membacanya, dan yang kedua pahala mujahadah untuk cuba mempelajari walaupun dalam keadaan sukar baru hendak belajar.

Berkata Abi Musa rh, sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : orang mukmin yang membaca al_quran umpama al-atrajah (seumpama koktail yang merangkumi pelbagai campuran buah-buahan) baunya sedap , rasanya enak. Dan diumpamakan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti at-Tamrah (kurma) yang tidak ada bauan, tetapi rasanya manis.

Dalam riwayat Muslim, daripada Abi Umamah ra, sesungghunya Nabi saw telah bersabda : “bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya”.

Dalil-dalil di atas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan membaca al-Quran. Dan sesungguhnya ganjaran tersebut bagi mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh dan bermujahadah mendapatkan pahala dari Allah swt. Membaca al-Quran bukanlah suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan, amalan yang ringan tetapi ganjaran pahala disisi Allah swt sangat besar. Maka rugilah bagi mereka yang leka dan lalai dalam merebut keuntungan yang tidak mungkin dapat ditawarkan oleh Makhluk melainkan hanya dari al-Khalik yang maha agung yang memberi dan tidak mengambil manfaat daripada apa yang diberi.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-Quran untuk mendapat kelebihan dan ganjaran yang besar disisi Allah swt. Lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan al-mubarak yang dilipatkali gandakan setiap amalan bagi mereka yang berpuasa dan memperbanyakkan amal soleh padanya.

Penurunan al-quran dalam bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang khusus agar manusia memperingati peristiwa agung ini dan seterusnya sentiasa kembali menyucikan diri, jasmani dan rohani dengan kembali kepada apa yang diturunkan oleh Allah swt didalamnya.

Sesungguhnya malaikat Jibril as bertemu dengan baginda Rasulullah saw untuk mengajar al-Quran pada setiap kali datangnya bulan ramadhan, dan dua kali pada tahun kewaatan baginda saw.

Golongan salifus soleh juga sangat menitik beratkan membaca al-Quran. Sehinggakan ada dikalangan mereka mengkhatamkan bacaan al-Quran tiga kali dalam masa sehari, ada yang lebih daripada itu.

Kedatangan ramadhan merupakan medan terbaik untuk kita mentarbiyah diri kembali membaca dan menghayati apa yang telah diturunkan oleh Allah swt seterusnya melaksanakan setiap perintah yang telah disuruh dan menjauhi segala apa yang dilarang.

Semoga ramadhan yang datang ini kita dapat mempertingkatkan amalan sebanyaknya. Semoga ia menjadi syafaat di akhirat kelak.

Amin ya rabbal a’lamin….

ustaz Muzzammil

Isnin, 2 Mac 2009

kelahiran Babinda Rasulullah s.a.w

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا يا الله بسوء الخاتمة... آمين يا رب العلمي
Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157


Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"

Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata:

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:

  • Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.
  • Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.


Jumaat, 23 Januari 2009

Korupsi atau Rasuah

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA


Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

ciri Pemimpin

1. BERIMAN DAN ADIL
Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.
2. MENGENALI DAKWAH
Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.
3. MENGENALI JIWA
Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :
a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.
b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.
d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka